About Me

Tuesday, March 27, 2012

taubat sambal

sengsara kerana dosamu menggunung
menyesal kerana terbiasa dengan dosa itu
tapi,
masih juga kau lakukan!
dalam sesalmu, kau ingkar!

kemudian kau sedar
sedar dalam sedar sebenarnya?
lalu kau ulangi lagi
begitulah kau ulang-berulang

sekarang kau laungkan lagi
cemik wajahmu meluahkan
betapa kau tak mahu,
tapi lemah- jadi alasanmu

kau hanya tahu mengaku
tapi buat- kau enggan

melangkahlah, engkau
ratapan hanya merantai
sampai bila?

4 comments:

  1. Knp taubat sambal?

    ReplyDelete
  2. sambal- dimakan, pedas- berhenti. hilang pedas- makan lagi

    ReplyDelete
  3. Oo gd answr.. I've nver think about that coz i'm not so gd in this..:-P

    ReplyDelete