About Me

Thursday, May 28, 2020

cuba-cuba

tayar keretaku rosak
ada kedai masih buka
tapi tayarnya aku tak suka

temanku telah pergi
diambil isterinya
tinggal aku berdua
tapi sekejap saja dia hilang

telefon di tangan menjadi kereta
tapi kecil saiznya
ku cuba-cuba akhirnya muat juga
sangat cantik hiasan dalamnya
ku pandu bersama gadis jelita

telefonku berdering
isteriku yang memanggil
(isyarat jari telunjuk di bibirku)
awak, jangan cakap apa-apa ya?
gadis jelita melirik nakal

sayang, abang terlewat
tayar kereta rosak
maaf, abang dah nak tiba

maaf gadis jelita
awak turun di simpang sana, ya?
takut nanti isteriku tahu
hubungan kita berdua

Tuesday, March 3, 2020

macam pernah

eh
macam pernah jumpa
tapi di mana ya?

mungkin tersua di mana-mana
ya, ya..
mungkin di situ
pada ombak dan batu bertemu
saat mentari hampir beradu

waktu itu
tiada suara
hanya rasa
yang berdakapan di dalam ruang ilusi
bercumbuan di dalam kamar mimpi
memancarkan benih cinta
yang tak menjadi

ah
cukuplah
aku aku minta diri dulu
mungkin nanti bersua lagi

di mana-mana
bila-bila

hakikat

pada keadaan hanya dia
tiada wujud selain dia
tiada pun tiada

maka, jadilah
dari sezarah dia
segala-galanya
seisi semesta
yang nyata dan tersembunyi

seluasnya alam
hanyalah umpama
setitis air di lautan tak bertepi
berbanding dia

sedarilah
kau, aku, kita, dari dia
tapi kau, aku, kita bukan dia
umpama mentari dan cahaya
tak terpisah tiada bersekutu
tak terpecah, tetap bersatu

Thursday, January 23, 2020

mak

mak
aku rindu
leteranmu sehari-hari
lewat senja
"cepat mandi, sembahyang"
"gosok gigi, jangan mandi kupang"

mak
aku rindu
sarapan pagi yang kau buat untukku
yang kau bekalkan untuk rehatku
gembiranya aku ketika itu

mak
aku rindu
kau marahkan aku
berkubang di dalam lopak
seharian menyelam sungai

mak
aku rindu
kau memujukku
"makanlah.. sini mak suap"
"jangan merajuk, mak lambat siapkan"

mak
aku rindu
aku sangat rindu

mak...

Sunday, January 19, 2020

bayang-bayang

umpama bayang-bayang
mengekori hari-hari yang berlalu
hadir dalam terang
hilang dalam kelam

selagi jasad masih bernyawa
selagi mentari masih bercahaya
kau... ada