About Me

Thursday, August 23, 2012

hilang 2

entah di mana lagi
hendak saya cari
sepanjang jalan ini
setiap langkah kaki
masih juga tiada

di sudut kamar sepi
sebalik tabir usang
awak tiada

setiap hari saya mencari
pagi malam saya menanti
sekilas bayang
sedetik pandang

rindu bersarang
kasih masih bersawang
biarkan
kerana hanya itu
yang awak tinggalkan

takkan saya lupakan

Friday, August 3, 2012

bisik

inginku bisikkan secebis pesanan
buat dirimu wahai sayang
sebelum tiba hari penentuan
sebelum aku menghadap tuhan

pesanku ini bersebab kasih
selagi lidah masih fasih
selama tauhid tidak beralih

katakanlah sayang dia yang esa
tiada lain selain dia
takkan pernah ada serupa
dengan dia maha kuasa

kekasih dia jangan kau lupa
ingatlah sayang suatu masa
saat mentari sejengkal cuma
antara seluruh umat manusia
hanya dia ingatkan kita

wahai sayang dengarlah lagi
pesan aku yang hina ini
jalan yang benar engkau turuti
kelak tiada engkau sesali

jalan hitam jangan kau ikut
bimbang hatimu diselubung kabut
hidup di dunia selalu takut
hari kemudian jadi kalut

wahai sayang ingatlah selalu
pesanku ini jadikan pemandu
andai aku pergi dahulu
doakan aku dalam sujudmu