About Me

Thursday, May 31, 2012

untukmu 2

ku tuliskan puisi ini
untukmu yang ditabir
oleh terangnya cahaya
oleh pekatnya kegelapan

ini bukan puisi cinta
Ini bukan puisi rindu
ini puisi kau dan aku

terselindung di balik tabir
aku masih melihatmu
kerana aku mahu
kerana engkau setuju

ini puisi kita
dari kita, untuk dia
kerana mati hayat jasad ini
dia yang punya

pejamkan matamu
pandanglah aku

tulikan telingamu
dengarkan aku

kunci lidahmu
panggillah namaku

kerana aku juga begitu
puisi ini untukmu

Friday, May 11, 2012

lena dalam mimpi

inilah mimpi yang sementara,
tempat bersuka-tawa-tangis-duka.
lembah temu ribuan mimpi-mimpi yang berbeza

mimpi ini mimpi kita.
seandainya hidup ini seribu tahun lagi,
bagi yang terlena ia abadi.

mimpi kita bertemu dalam kehendak,
seiring pencarian hakikat kejiwaan kita.
selorong jalan tuju-hala kita,
senafas udara yang dihirup jasad.

bagaimana hendak dijelaskan?
kepada yang masih lena dalam mimpi ini,
bahawa kehendak di atas kehendak itulah
yang menari-lenggokkan mimpi ini?

kita hanya dimimpikan!
kita cuma dikhayalkan!
nyenyak dalam mimpi.
bagi sangkaan yang ia abadi-
mereka tidak ingin bangkit lagi?






Tuesday, May 8, 2012

untukmu

kepadamu aku merayu
wahai nafas jiwaku
hilangkanlah lara ini
sembuhkanlah hati yang parah ini

terlantar aku di hadapanmu
tidakkah kau melihat?

rintihanku-
tidakkah kau mendengar?

tangisanku-
tidakkah terusik nalurimu?

kasihku padamu-
tidak kau tahu lebih darinya

sungguh aku kasihkan engkau, wahai

sungguh