About Me

Tuesday, March 3, 2020

macam pernah

eh
macam pernah jumpa
tapi di mana ya?

mungkin tersua di mana-mana
ya, ya..
mungkin di situ
pada ombak dan batu bertemu
saat mentari hampir beradu

waktu itu
tiada suara
hanya rasa
yang berdakapan di dalam ruang ilusi
bercumbuan di dalam kamar mimpi
memancarkan benih cinta
yang tak menjadi

ah
cukuplah
aku aku minta diri dulu
mungkin nanti bersua lagi

di mana-mana
bila-bila

hakikat

pada keadaan hanya dia
tiada wujud selain dia
tiada pun tiada

maka, jadilah
dari sezarah dia
segala-galanya
seisi semesta
yang nyata dan tersembunyi

seluasnya alam
hanyalah umpama
setitis air di lautan tak bertepi
berbanding dia

sedarilah
kau, aku, kita, dari dia
tapi kau, aku, kita bukan dia
umpama mentari dan cahaya
tak terpisah tiada bersekutu
tak terpecah, tetap bersatu