About Me

Monday, September 30, 2013

sampai nanti

sampai saat ini
sampai saat nanti

masih ada lagi
bara rindu ini

biar sampai mati
biar tiada lagi

masih cinta lagi
masih aku sayangi

Wednesday, May 22, 2013

masih

aku masih di sini
menanti yang tak pasti
sepi menyelubungi
hilang dalam diri

sentiasa aku ingati
dirimu kasih, selamanya
andai diri ini berdaya
pasti aku terbang ke sana

aku tahu engkau pilu
ditinggalkan pergi
dibiarkan sendiri

cinta kita hanya sebaris kata
kasih kita hanya sekejap masa
rindu hadir cuma seketika
harumnya cuma sementara

masihkah ada cinta untukku

Monday, March 4, 2013

hanya untuk kau tahu

apa yang kau rasa
yang aku deritakan
terpancar tak kelihatan

apa yang kau raungkan
yang aku sesalkan
tenggelam sebuah harapan

buang aku jauh-jauh
sampai aku hilang
dalam tasik keruh
terlupakan sesiapa pun

benci aku semahumu
sampai aku terbunuh
dalam api jiwamu
hapuskan aku

hinakan aku serendah darjat
anjing kurap merempat
sampai aku sedar
mulianya dirimu

jika itu yang perlu
untuk kau tahu
betapa engkau ada di hatiku

gila~

biarkan

tak perlu kasih sayangmu
untuk aku mencintaimu
tak mesti kau memandangku
untuk aku menatap matamu

kerana kau ada
bila aku pejamkan mata
biarpun hilang bila aku terjaga

tak mesti juga mendengar suaramu
untuk aku hilangkan rindu
andai rindu itu juga
bukan milikku

izinkan aku mencintaimu
sekuat kau ingin melupakan aku

Saturday, February 2, 2013

tali gitar karat

getar nada sumbang
tali gitar karat
dendang lagu suram

berkumandang perlahan
sayup nada pilu
nyanyi lagu untukmu

bawa mimpi pekat malam
membuai jiwa rapuh
terbang ke angkasa gelap
lepas rasa bebas kata

tali gitar karat
teruskan nada jiwa
dalam hitam kehidupan
dalam gelap kepahitan

Wednesday, January 23, 2013

sampai mati

aku tahu tingginya bintang
aku tahu dalamnya lautan
aku tahu aku tak daya

aku tahu aku siapa
aku tahu kudrat tiada
aku tahu lemahnya asa
aku tahu itu semua

jika kau tanya mengapa
jawapannya ada pada dirimu

jika kau tanya sampai bila

sayang,

mentari tak pernah padam
walau terbenam ditabir malam
bintang 'kan terus bersinar
biarpun terlindung sebalik awan


Tuesday, January 1, 2013

biasan

andai zahir ini binasa
hati ini masih ada
masih, seadanya
serupa semalam
waktu kau lihat ia

bayangan dalam mimpi
biasan cermin rasa
hilang bila kau menutup mata
namun jelas biarpun kau cuba
menutup rasa

betapa, aduhai
betapa sukar aku nyatakan
hingga saat ini
aku masih, saat ini