About Me

Tuesday, November 27, 2012

sendiri

huruf sebalik cermin
tetap diam di situ
hadapan pohon melambai
di dalam riuh rendahnya
irama lagu berkumandang
menari berbaur lontaran suara
yang lapar dahaga

aku sendiri
di meja bulat ini
memerhati langit yang mendung
dia yang di sana
mereka di sekelilingku
tak endah
terus meratah
leka menghirup

setiap suara aku dengari
seluruh ruang aku perhati
tetap
tiada apa untukku di sini

kerana aku bermula sendiri
dan akhirku tetap sendiri

Sunday, November 18, 2012

lelaki dari jauh

aku lelaki dari jauh
seperti tak pernah hampir
sedangkan hati selalu dekat

aku lelaki dari jauh
memandangmu sayup-sayup
mendengarmu di hembusan bayu
memelukmu dalam angan

aku lelaki dari jauh
melangkah mendekat menjauh
berlari menyongsang arah
kepadamu jua aku ingini

aku lelaki dari jauh

hanya dari jauh

Friday, November 2, 2012

sumbang

orang ramai aku sendiri
orang berkata aku menyepi
orang bersenda aku bersedih
orang ketawa aku menangis

langit cerah aku berpayung
hujan menimpa aku biarkan
terang aku bersuluh
mata terpejam aku berjaga
pahit kutelan
manis kubuang

sampai aku mati
aku hidup

Thursday, November 1, 2012

jangan tinggalkan aku

jangan tinggalkan aku
apa yang ada andai engkau pergi
apa aku ini andai engkau tak peduli

hancur jasad derita jiwa
tak tertanggung seksa
terlontar jauh hujung derita
tiada selamat selama-lama

jangan tinggalkan aku
segalanya tak bererti tanpamu
hampa tak bermakna
gelap tak bercahaya

andai engkau pergi
celakalah aku di seluruh alam ini