About Me

Monday, March 4, 2013

hanya untuk kau tahu

apa yang kau rasa
yang aku deritakan
terpancar tak kelihatan

apa yang kau raungkan
yang aku sesalkan
tenggelam sebuah harapan

buang aku jauh-jauh
sampai aku hilang
dalam tasik keruh
terlupakan sesiapa pun

benci aku semahumu
sampai aku terbunuh
dalam api jiwamu
hapuskan aku

hinakan aku serendah darjat
anjing kurap merempat
sampai aku sedar
mulianya dirimu

jika itu yang perlu
untuk kau tahu
betapa engkau ada di hatiku

gila~

biarkan

tak perlu kasih sayangmu
untuk aku mencintaimu
tak mesti kau memandangku
untuk aku menatap matamu

kerana kau ada
bila aku pejamkan mata
biarpun hilang bila aku terjaga

tak mesti juga mendengar suaramu
untuk aku hilangkan rindu
andai rindu itu juga
bukan milikku

izinkan aku mencintaimu
sekuat kau ingin melupakan aku