About Me

Sunday, April 2, 2023

Pantun Melayu 8

 

Terbang tinggi si rama-rama,
    Hinggap sebentar di pohon jati;
Janganlah pergi berlama-lama,
    Saya di sini tak sabar menanti.

Pantun Melayu 7

Kalau bukan kerana arang,
    Tidak menyala sebarang api;
Kalau tidak kerana sayang,
    Tidak saya jadi begini.

Pantun Melayu 6

 

Biar layu padiku ini,
    Ku siram air dari telaga;
Biar berdarah hatiku ini,
    Senyum ku ukir menghias luka.

Pantun Melayu 5

 

Harum sungguh bunga di taman,
    Hendak dipetik terasa sayang;
Manis sungguh wajahmu tuan,
    Siang malam saya terbayang.

Pantun Melayu 4

 

Luka di badan nampak berdarah,
    Tengah hari hujan gerimis;
Rajuk di hati rasa tak sudah,
    Meminta-minta umpama pengemis.

Pantun Melayu 3

 

Malam-malam bawa andang,
    Jaga-jaga perigi buta;
Tajam-tajam mata pedang,
    Tajam lagi kata-kata.

Pantun Melayu 2

 

Apa diharap nyiur sebatang,
    Baik ditanam sepohon manggis;
Apa diharap pandangan orang,
    Budi selaut nampak setitis.