About Me

Sunday, April 2, 2023

Pantun Melayu 8

 

Terbang tinggi si rama-rama,
    Hinggap sebentar di pohon jati;
Janganlah pergi berlama-lama,
    Saya di sini tak sabar menanti.

Pantun Melayu 7

Kalau bukan kerana arang,
    Tidak menyala sebarang api;
Kalau tidak kerana sayang,
    Tidak saya jadi begini.

Pantun Melayu 6

 

Biar layu padiku ini,
    Ku siram air dari telaga;
Biar berdarah hatiku ini,
    Senyum ku ukir menghias luka.

Pantun Melayu 5

 

Harum sungguh bunga di taman,
    Hendak dipetik terasa sayang;
Manis sungguh wajahmu tuan,
    Siang malam saya terbayang.

Pantun Melayu 4

 

Luka di badan nampak berdarah,
    Tengah hari hujan gerimis;
Rajuk di hati rasa tak sudah,
    Meminta-minta umpama pengemis.

Pantun Melayu 3

 

Malam-malam bawa andang,
    Jaga-jaga perigi buta;
Tajam-tajam mata pedang,
    Tajam lagi kata-kata.

Pantun Melayu 2

 

Apa diharap nyiur sebatang,
    Baik ditanam sepohon manggis;
Apa diharap pandangan orang,
    Budi selaut nampak setitis.

Pantun Melayu 1

 Joran dipacak di tepi kolam,
    Ikan terlepas terputus tali;
Ikan dimasak tiada garam,
    Umpama sambal tiada cili.

 takdir itu telah ada, cuma belum sampai masa. tetap. tak berubah. tak boleh diubah.

takdir

semua akan nyata 
bila sampai masa

semua akan rasa
bila sampai masa

oh.. begini rupanya

bak kata - kita hanya melalui saja