About Me

Thursday, March 29, 2012

gurindam satu pagi

apa diturut katanya hati
bila nafsu jadi menteri

apa diturut jiwa yang marah
hasilnya sesal tak kunjung sudah

apa diikut guru yang jahil
ilmu yang dapat semua batil

apa diikut jalan yang salah
ke jurang dalam diri kan rebah

apa dilihat kayanya orang
harta sendiri tidak dibilang

apa dilihat kudis di jari
orang di sana tiada berkaki

apa dikejar akan dunia
datang janji habis binasa

apa dikejar nikmat sementara
sedangkan syurga tiada akhirnya

apa dipandang barang dicipta
sedangkan pencipta di depan mata!

1 comment: