About Me

Tuesday, March 13, 2012

hei orang yang ada!

hei orang yang ada
berilah sedikit kepadaku
apa yang tuhan kurniakan kepadamu

lihatlah aku yang sedih
kerana nasib enggan
jadikan aku temannya

hei orang yang ada
bukankah kau lebih segala-gala
jadi impian setiap manusia
yang laparkan dunia

berilah aku barang secebis
sisa roti untuk anjingmu
juga air basuhan tanganmu
aku hina, jadi tiada dosanya
selayaknya itu untukku

hei orang yang ada
pandanglah aku
tidak jatuh kehormatanmu!

hei orang yang ada!
berhentilah seketika
untuk kau ambil daripadaku
rasa syukur kepada tuhanmu!

hei orang yang ada!!

1 comment:

  1. Oleh itu jgnlah sekali kali kau berpaling jika ada yg memerlukan..

    ReplyDelete