About Me

Friday, March 9, 2012

sebelum aku pergi

sebelum aku menutup mata
renunglah aku untuk seketika

sebelum aku pergi untuk selamanya
ucapkanlah bahawa aku yang engkau cinta

sebelum nafas ini tiada sisa
kasihilah aku dengan rela

sebelum tangan terkulai layu
dakaplah aku dengan hatimu

sebelum hilang segala bicara
dengarlah sayang barang seketika

sebelum engkau pergi berlalu
ketahuilah aku sentiasa mengasihimu

1 comment:

  1. Oleh itu ingat la selalu, ape yg kite lakukn biarlah perkara yg baik2 seolah2 kite akn pergi keesokan harinya.. Especially for someone u really love..

    ReplyDelete