ke mana awak pergi
sepanjang hari saya mencari
dalam deringan waktu pagi
dalam dingin air di kali
awak tiada
setiap langkah kaki
dalam merdu siul unggas
pada dahan dan ranting
sebalik dedaun
saya tak jumpa
ke mana awak pergi
pada awan memutih
dalam nyaman bayu
juga pada silau mentari
saya terus mencari
mungkin awak sudah lupa
betapa risau hati saya
mungkin juga awak sengaja
lontar rindu pada saya
tapi mungkin juga
saya takkan jumpa
kerana awak cuma khayalan
dalam hati, dalam ingatan
dalam mimpi, dalam igauan
No comments:
Post a Comment