About Me

Thursday, January 12, 2012

baik-baik saja

bangkit dari perbaringan
dingin pagi
gelap
namun hatimu bercahaya
baik-baik saja

ke masjid
sudah dipanggil, pergi saja
yang lain bukan urusanmu
itu urusan dia
kerana sudah dipanggil

bertakbir
merendahkan hati
menghinakan diri
meletakkan jiwa sebawah-bawahnya

rukuk dan sujudmu
suci dia dengan segala puji

berdoa
kerana kau tak upaya
kerana bergantung semua pada dia
kerana kau hamba, hina

pergilah
walau ke mana saja
asal kau baik-baik saja

No comments:

Post a Comment