tenang wajah ini
bukan cermin hati
senyum bibir ini
bukan riang diri
pecah tawa ini
lebur dalam tangisan
yang mengalir dalam hati
ku ucapkan tanpa suara
ku gambarkan tanpa garisan
ku nyanyikan tanpa irama
melangit harap
semoga kau mengerti
About Me
Sunday, June 10, 2012
Monday, June 4, 2012
ulang
biarkan saja suara itu
membingit telinga menyesak dada
biarkan ia melaung-raungkan kekesalannya
biarkan ia dengan ratap tangisannya
selalu ia memegang erat hati
bersumpah janji bagai
demi tuhan, katanya
takkan pernah ia ulangi
sanggup dipunah keramat sumpah
rela dilontar jauh ke lembah
sampai sudah katanya hampa
di kakimu bertiarap ampun
dengan ratap raung seperti kelmarin
dengan manisan sumpah janji setia
bimbang disingkir hina
takut dipenjara sebelum masa
dan kita selalu percaya
membingit telinga menyesak dada
biarkan ia melaung-raungkan kekesalannya
biarkan ia dengan ratap tangisannya
selalu ia memegang erat hati
bersumpah janji bagai
demi tuhan, katanya
takkan pernah ia ulangi
sanggup dipunah keramat sumpah
rela dilontar jauh ke lembah
sampai sudah katanya hampa
di kakimu bertiarap ampun
dengan ratap raung seperti kelmarin
dengan manisan sumpah janji setia
bimbang disingkir hina
takut dipenjara sebelum masa
dan kita selalu percaya
malam bulan sabit
laut tenang tak bergelora
bintang indah kerdip cahaya
bayu gemalai tari mengalun
lembut membelai diiring santun
hatiku aman jauh merenung
jiwaku lapang seluas samudera
sukma berlagu kasih segunung
bibir tersenyum bunga menguntum
sebesar gunung syukurku sergam
tidak setanding nikmat di tabur
kerana batas pada yang paling
sedangkan dia tiada tersukat
walau sejauh mengenal makrifat
sujudku sembah tiada lain
engkau satu tiada banding
berhajat semua tiada terasing
tiada tara, tiada tanding!
bintang indah kerdip cahaya
bayu gemalai tari mengalun
lembut membelai diiring santun
hatiku aman jauh merenung
jiwaku lapang seluas samudera
sukma berlagu kasih segunung
bibir tersenyum bunga menguntum
sebesar gunung syukurku sergam
tidak setanding nikmat di tabur
kerana batas pada yang paling
sedangkan dia tiada tersukat
walau sejauh mengenal makrifat
sujudku sembah tiada lain
engkau satu tiada banding
berhajat semua tiada terasing
tiada tara, tiada tanding!
Friday, June 1, 2012
entah
entah mengapa
bunga tak kembang
unggas tak riang
pelangi tak seri
entah mengapa
hujan tak dingin
cerah tak panas
angin tak sepoi
entah mengapa
manis tak rasa
masam tak kecur
lazat tak selera
entah mengapa
siangku engkau
malamku engkau
mimpiku engkau
jagaku engkau!
dapatkah engkau mengerti,
wahai aku!
bunga tak kembang
unggas tak riang
pelangi tak seri
entah mengapa
hujan tak dingin
cerah tak panas
angin tak sepoi
entah mengapa
manis tak rasa
masam tak kecur
lazat tak selera
entah mengapa
siangku engkau
malamku engkau
mimpiku engkau
jagaku engkau!
dapatkah engkau mengerti,
wahai aku!
Thursday, May 31, 2012
untukmu 2
ku tuliskan puisi ini
untukmu yang ditabir
oleh terangnya cahaya
oleh pekatnya kegelapan
ini bukan puisi cinta
Ini bukan puisi rindu
ini puisi kau dan aku
terselindung di balik tabir
aku masih melihatmu
kerana aku mahu
kerana engkau setuju
ini puisi kita
dari kita, untuk dia
kerana mati hayat jasad ini
dia yang punya
pejamkan matamu
pandanglah aku
tulikan telingamu
dengarkan aku
kunci lidahmu
panggillah namaku
kerana aku juga begitu
puisi ini untukmu
untukmu yang ditabir
oleh terangnya cahaya
oleh pekatnya kegelapan
ini bukan puisi cinta
Ini bukan puisi rindu
ini puisi kau dan aku
terselindung di balik tabir
aku masih melihatmu
kerana aku mahu
kerana engkau setuju
ini puisi kita
dari kita, untuk dia
kerana mati hayat jasad ini
dia yang punya
pejamkan matamu
pandanglah aku
tulikan telingamu
dengarkan aku
kunci lidahmu
panggillah namaku
kerana aku juga begitu
puisi ini untukmu
Friday, May 11, 2012
lena dalam mimpi
inilah mimpi yang sementara,
tempat bersuka-tawa-tangis-duka.
lembah temu ribuan mimpi-mimpi yang berbeza
mimpi ini mimpi kita.
seandainya hidup ini seribu tahun lagi,
bagi yang terlena ia abadi.
mimpi kita bertemu dalam kehendak,
seiring pencarian hakikat kejiwaan kita.
selorong jalan tuju-hala kita,
senafas udara yang dihirup jasad.
bagaimana hendak dijelaskan?
kepada yang masih lena dalam mimpi ini,
bahawa kehendak di atas kehendak itulah
yang menari-lenggokkan mimpi ini?
kita hanya dimimpikan!
kita cuma dikhayalkan!
nyenyak dalam mimpi.
bagi sangkaan yang ia abadi-
mereka tidak ingin bangkit lagi?
tempat bersuka-tawa-tangis-duka.
lembah temu ribuan mimpi-mimpi yang berbeza
mimpi ini mimpi kita.
seandainya hidup ini seribu tahun lagi,
bagi yang terlena ia abadi.
mimpi kita bertemu dalam kehendak,
seiring pencarian hakikat kejiwaan kita.
selorong jalan tuju-hala kita,
senafas udara yang dihirup jasad.
bagaimana hendak dijelaskan?
kepada yang masih lena dalam mimpi ini,
bahawa kehendak di atas kehendak itulah
yang menari-lenggokkan mimpi ini?
kita hanya dimimpikan!
kita cuma dikhayalkan!
nyenyak dalam mimpi.
bagi sangkaan yang ia abadi-
mereka tidak ingin bangkit lagi?
Tuesday, May 8, 2012
untukmu
kepadamu aku merayu
wahai nafas jiwaku
hilangkanlah lara ini
sembuhkanlah hati yang parah ini
terlantar aku di hadapanmu
tidakkah kau melihat?
rintihanku-
tidakkah kau mendengar?
tangisanku-
tidakkah terusik nalurimu?
kasihku padamu-
tidak kau tahu lebih darinya
sungguh aku kasihkan engkau, wahai
sungguh
wahai nafas jiwaku
hilangkanlah lara ini
sembuhkanlah hati yang parah ini
terlantar aku di hadapanmu
tidakkah kau melihat?
rintihanku-
tidakkah kau mendengar?
tangisanku-
tidakkah terusik nalurimu?
kasihku padamu-
tidak kau tahu lebih darinya
sungguh aku kasihkan engkau, wahai
sungguh
Subscribe to:
Posts (Atom)