About Me

Sunday, October 7, 2012

luka

sakit yang aku rasa
menyiat-robek hati
pedih menikam naluri
bersama renangi laut kasih
tenggelam hanya aku sendiri

terdiam di dasar pilu
bisu kaku tak berdaya
lemah aku oleh luka
yang kau hiris dengan duri kata
kau bakar hangus dengan api sengsara

kau tinggal pergi
biar aku menepi
merawat luka sendiri
tangisku tak bernada
rintihanku tanpa kata

mungkin engkau lupa
irama indah cahaya cinta
kerana masa merubah segala
kerana kita manusia
selalu alpa lalai lupa

biarkan aku menepi
kerana aku hanya debu
yang kau pijak di telapak kakimu

No comments:

Post a Comment