dingin malam selepas hujan
mencengkam hati yang merintih
merayu padamu ya rabb
deras air mata
seiring sesalan dosa silam
air hujan pada dedaun
berkilau disinari cahaya
namun jiwa ini
gelap tanpa cahayamu
pernah aku jatuh
mencuba bangkit semula
jatuh lagi
sehingga lelah jiwa ini
cukup sudah aku derita
aku tak mahu jatuh lagi
hulurkanlah sedikit
limpah kasihmu padaku
bukakanlah barang seinci
hijabku denganmu
yang menabir pandangan hati
dingin malam ini
aku hamburkan
seluruh pengharapan
agar kaki ini
tetap pada lorong
ke arah jalanmu
No comments:
Post a Comment