About Me

Thursday, October 4, 2012

sumpah

biar berkecai tulang temulang
berundur setapak sekali-kali tidak
biar rebah melaut darah
berkalang tanah aku rela

sumpah keramat aku laungkan
selagi nafas penuh di dada
selagi kudrat mengharung segala
selagi aku masih bernyawa
akan tetap aku pertahankan

demi sumpah ini

demi perjuangan ini

demi engkau!



Friday, September 28, 2012

wajah hati

redup matamu
melindungi gelora rindu

senyumanmu
menahan bait kasih

wajahmu
sembunyi rahsia hati

aku juga begitu
tak terucapkan
betapa ingin hati ini
mengasihi
menyayangi

pada setiap angan
dalam setiap renungan
jauh tenggelam
pada sisi sepi yang paling dalam

Thursday, September 27, 2012

tinggal 2

tiada lagi yang tinggal di sini
walau secebis ingatan
walau sebaris pesan

dilupakan
tertinggal di mana-mana
enggan dibawa bersama

lumrah
seiring masa
pudar sirna
musnah

tiada apa di sini
hanya angan
mimpi

bayang wajah kian kabur
ditabir kabus hidup

namun begitu
entah mengapa
aku masih enggan pergi

Wednesday, September 12, 2012

tunduk

pandanglah aku
aku merayu

banyak salahku
maafkanlah

buatlah sekehendakmu
aku rela

hukumlah aku
engkau berkuasa

maafkan aku
maaf milikmu

engkau mulia
aku hina

engkau perkasa
aku tak berdaya

aku merayu..

Sunday, September 9, 2012

tinggal

hilang sudah segalanya
saat riang waktu duka
yang tinggal hanya kisah

usai sudah semuanya
langsai kepada empunya
yang bersisa cuma cerita

malamku sedih dibalut kenangan
mengenang dikau wahai tuan
bintang seribu sirna cahaya
bulan purnama ditelan gerhana

sayang
cuma aku sendiri
menghadap sedih ini
sedangkan engkau tak peduli

akhirnya

yang tinggal hanya nama

Thursday, August 23, 2012

hilang 2

entah di mana lagi
hendak saya cari
sepanjang jalan ini
setiap langkah kaki
masih juga tiada

di sudut kamar sepi
sebalik tabir usang
awak tiada

setiap hari saya mencari
pagi malam saya menanti
sekilas bayang
sedetik pandang

rindu bersarang
kasih masih bersawang
biarkan
kerana hanya itu
yang awak tinggalkan

takkan saya lupakan

Friday, August 3, 2012

bisik

inginku bisikkan secebis pesanan
buat dirimu wahai sayang
sebelum tiba hari penentuan
sebelum aku menghadap tuhan

pesanku ini bersebab kasih
selagi lidah masih fasih
selama tauhid tidak beralih

katakanlah sayang dia yang esa
tiada lain selain dia
takkan pernah ada serupa
dengan dia maha kuasa

kekasih dia jangan kau lupa
ingatlah sayang suatu masa
saat mentari sejengkal cuma
antara seluruh umat manusia
hanya dia ingatkan kita

wahai sayang dengarlah lagi
pesan aku yang hina ini
jalan yang benar engkau turuti
kelak tiada engkau sesali

jalan hitam jangan kau ikut
bimbang hatimu diselubung kabut
hidup di dunia selalu takut
hari kemudian jadi kalut

wahai sayang ingatlah selalu
pesanku ini jadikan pemandu
andai aku pergi dahulu
doakan aku dalam sujudmu